Ummu Khadeeja's Blog

June 24, 2012

Ikhlas

Filed under: Ibadah,Motivasi — Ummu Khadeeja @ 8:27 pm

Fudhayl bin ‘Iyadh berkata;

 ترك العمل من أجل الناس رياء

والعمل من أجل الناس شرك

والإخلاص أن يعافيك الله منها

Maksudnya:

Meninggalkan amal kerana manusia adalah riyak,

Dan beramal kerana manusia adalah syirik,

Dan ikhlas itu adalah Allah SWT menyelamatkan kamu daripada keduanya.

Firman Allah SWT,

وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين

Maksud: “Tidaklah manusia diciptakan kecuali untuk; 1) beribadah, 2) ikhlas dalam beribadah.”

(Surah Al-Bayyinah, ayat 5)

Faidah:

  1. Meninggalkan amal kerana takut riyak adalah riyak yang sebenarnya. Adapun melakukan amal kerana ingin menunjuk kepada manusia adalah syirik.
  2. Meninggalkan amal kerana takut riyak membuat syaithan bergembira kerana itulah tujuan syaitan; supaya manusia tidak beramal.
  3. Ikhlas adalah benteng dari gangguan Iblis dan bala tenteranya. Kerana setelah Allah menetapkan Iblis sesat selamanya setelah enggan sujud kepada Adam,  Iblis telah bersumpah akan menyesatkan manusia semuanya dari jalan yang lurus, kecuali hamba Allah yang ikhlas.
  4. Iblis dan syaitan yang terus hidup hingga ke hari kiamat akan berusaha mengeluarkan manusia dari benteng keikhlasan melalui dua cara; riyak dan syirik.
  5. Ikhlas tidak bisa didapatkan sebelum beramal.

Catatan dari kuliah tafsir ketika membahas 2: 38.

Next Page »

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: