Ummu Khadeeja's Blog

July 18, 2010

Memahami Tuntutan Kalimah Syahadah

Filed under: Aqidah — Ummu Khadeeja @ 6:10 pm
Tags: , , ,

بسم الله الرحمن الرخيم

إن الحمد لله , نحمده ونستعينه , ونستغفره , ونعوذ بالله من شرور أنفسنا , ومن سيئات أعمالنا , من يهده الله فلا مضل له , ومن يضلل فلا هادي له , وأشهد أن لاإله إلا الله وحده لاشريك له , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وسلم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Segala puji bagi ALLAH, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan daripada-Nya, dan kami memohon keampunan daripada-Nya. Dan kami berlindung kepada Allah daripada keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya, dan siapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Aku bersaksi bahawa tiada ILAH selain ALLAH yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.

Jika kita singkap kembali sejarah silam, kita akan dapati bahawa masyarakat pada zaman arab dahulu mengamalkan saki baki ajaran Nabi Ibrahim ‘alayhi as-salaam yang juga disebut sebagai ajaran hanif. Akan tetapi persoalannya adalah mengapa mereka menolak kalimah La ilaha illallah? Jika umat pada zaman itu dibandingkan dengan umat Islam pada zaman ini, Islam yang dianut pada zaman ini adalah Islam baka (Islam keturunan), Islam yang sukar dihargai kerana kita tidak bersusah-payah untuk mendapatkannya.

Pada zaman ini Islam kurang difahami dari pintu yang betul. Masyarakat umumnya mempelajari apa yang membatalkan solat, apa yang membatalkan wudhu’ dan sebagainya. Tetapi mereka tidak mempelajari apa yang membatalkan La ilaha illallah, sedangkan itu adalah rukun Islam yang pertama. Hal ini jelas menunjukkan wujudnya kecacatan di dalam kita masuk dan memahami Islam itu sendiri.

Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam merupakan hikmah yang besar apabila baginda dihantar kepada satu kaum yang masih memiliki saki baki peninggalan agama langit. Masyarakat arab, mereka bukan mempunyai masalah tidak mengenali Allah. Sesungguhnya mereka percaya akan kewujudan Allah. Mereka menamakan kaabah sebagai “Baitullah”, mereka menamakan anak-anak mereka sebagai “Abdullah” (contohnya bapa nabi), mereka bersumpah dengan menyebut “wallahi”, mereka memulakan surat dengan kalimah “Bismillahumma”, mereka bertawaf dengan menyebut “Labbaikallahuma” dan banyak lagi contoh yang menunjukkan mereka sejak mula lagi percaya akan kewujudan Allah ‘Azza wa Jal sebelum datangnya utusan Allah, Muhammad Shallallahu ‘alayhi wa sallam. Lalu mengapakah mereka menolak sekeras-kerasnya kedatangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahkan memerangi baginda?

Jika dakwah Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam sekadar menyeru supaya percaya akan kewujudan Allah, sudah pasti mereka menerimanya dengan rela. Bandingkan pula dengan umat kini yang menyatakan “saya beriman kerana saya percaya kepada Allah.” Iman seperti ini baru sama seperti iman Abu Jahal & Abu Lahab, atau iman pembesar-pembesar Arab. Abu Jahal, Abu Lahab, serta pembesar-pembesar arab juga percaya akan Allah sepertimana contoh-contoh yang dinyatakan di atas, tetapi mereka belum boleh dikategorikan sebagai orang beriman. Dalam erti kata lain, iman seperti ini tidak memberi apa-apa makna kepada aqidah.

Ibnu Hisham meriwayatkan, pada tahun kelahiran Nabi, apabila Abrahah menghampiri kaabah(sebelum melancarkan serangan), ketika itu Abdul Muthalib masuk bertemu Abrahah(kerana dulu apabila Abrahah masuk kawasan Makkah, Abrahah merampas unta-unta kepunyaan orang Makkah – antaranya unta kepunyaan Abd Muthalib). Abdul Muthallib sebagai ketua orang Makkah masuk berjumpa Abrahah dan meminta agar unta-untanya dikembalikan. Berkata Abrahah, “sangat mendukacitakan, sebagai ketua kaum Quraisy, apabila kaabah diserang, datang kepadaku sekadar untuk menuntut untanya.” Kemudian Abdul Muthalib menjawab, “Aku menjaga unta kerana ia kepunyaanku, adapun kaabah itu kepunyaan Allah, ia akan dijaga oleh Allah.”

Subhanallah.. Betapa besarnya iman mereka terhadap Allah. Pun demikian, mereka dianggap kufur kepada Allah. Mengapa?

Kembali kepada persoalan La ilaha illallah. Ketika aqidah Islam yang dibawa Nabi Shallallahu ‘alayhi wa sallam datang, aqidah ini bermula dengan kalimah penafian “La” diikuti dengan itsbat “illallah.” Inilah yang disebut oleh ulama’2 aqidah yang perlu kita fahami.

Firman Allah:

Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka (orang Quraisy): “Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar). [surah al-ankabut(29):61]

Kalimah La ilaha illallah bukan sekadar mengakui wujudnya Allah, tetapi “menolak setiap yang ada selain daripada-Nya (La)”

Dari segi kaedah bahasa (Arab),

La (nafiyyul jins) : menafikan segala jenis sesuatu (apa-apa saja tidak ada)

Kalimah “Ilah” pula mempunyai maksud berbeza dengan kalimah “Rab” ;
Rab : Tuhan yang berkuasa, yang mentadbir dan seumpamanya.
Ilah : Suatu zat yang diletakkan tawakkal, kecintaan, kasih sayang, harapan, pergantungan dan ketaatan yang mutlak.

Berdasarkan definisi kalimah di atas, jelaslah kepada kita akan maksud kalimah LA ILAHA ILLALLAH.. dan kenapa kalimah “La Rabbillallah” tidak digunakan.

Dakwah Nabi Shallallahu ‘alayhi wa sallam ditolak kerana yang dibawanya bukan sekadar “Tuhan kita Allah.” Jika itulah slogan yang dibawa Nabi, sudah pasti diterima Abu Jahal. Melalui kalimat La ilaha illallah, masyarakat arab faham bahawa Muhammad Shallallahu ‘alayhi wa sallam ingin menolak segala jenis kedaulatan yang diberikan kepada apa-apa zat, melainkan mengekalkan HANYA kebesaran Allah. Ada di kalangan mereka juga yang menggunakan alasan tidak layak berhubung secara terus dengan Allah lantas menggunakan perantaraan (berhala) sekaligus telah mensyirikkan Allah. Ini adalah suatu yang tidak betul. Justeru dengan apa yang dibawa oleh Nabi ini, maka tertolaklah segala jenis politik Abu Jahal, sistem ekonomi, pemerintahan, akhlak, dan segala urusan Abu Jahal. Kerana semuanya mestilah diserahkan secara mutlak kepada Allah ‘Azza wa Jal.

Secara ringkas, inilah aqidah yang dibawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam, yakni ;

(1) Nafi : Menafikan atau menolak segala bentuk kebesaran, pengagungan, pengabdian, perasaan ketinggian, pengharapan, pergantungan melainkan hanya kepada Allah. (maksud “La”)
(2) Itsbat : Mentsabitkan (menetapkan) tiada yang lain melainkan hanyalah satu (ALLAH). (maksud “illallah”)

Betapa telitinya bahasa Arab, lantaran Allah memilih bahasa ini sebagai bahasa al-Quran.

(Bersambung…kepada tajuk “Pembahagian Tauhid“)

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: