Ummu Khadeeja's Blog

August 3, 2010

Persoalan Tentang Shalat Tarawih

Filed under: Ibadah — Ummu Khadeeja @ 12:19 pm
Tags: , , ,

Disusun oleh: Ummu Khadeeja

https://ummukhadeeja.wordpress.com

Soalan 1: Bolehkah shalat tarawih dilakukan di rumah?

Boleh kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri tidak pernah melaksanakan solat tarawih secara berterusan di masjid, berdasarkan hadits berikut;

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam shalat bersama bersama para sahabat selama tiga malam berturut-turut dan pada malam keempat baginda tidak shalat bersama. Baginda berkata: Aku takut sekiranya shalat sunnah itu menjadi kewajipan ke atas kamu atau kamu menganggapnya sebagai suatu amalan yang fardhu.” [Hadith Riwayat Bukhari:872]

Soalan 2: Apakah wanita afdhal shalat tarawih di rumah ataupun di masjid?

Syeikh ibn Utsaimin rahimahullah berkata:

“ Wanita boleh keluar menunaikan shalat tarawih secara berjamaah sekiranya mereka selamat daripada fitnah, menutup aurat dan tidak memakai perhiasan serta wangian.”

Adalah lebih baik bagi wanita untuk shalat tarawih di rumah atau bilik masing-masing. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bahawa tempat terbaik bagi menunaikan shalat fardhu dan shalat sunat (bagi wanita) adalah di rumah. Malah ia lebih baik daripada solat berjemaah di Masjidilharam, Masjid Nabawi ataupun shalat di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri.

Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sebaik-baik masjid bagi wanita ialah di bilik rumah mereka.” [Hadith Riwayat Ahmad. Diklasifikasikan sebagai hasan oleh Albani dalam Sahih at-Targhib:341]

Soalan 3: Bolehkah mengulang-ulang bacaan surah yang sama di dalam shalat?

Muaz bin Abdullah al-Juhani radyiallahu ‘anh berkata:

“Seorang lelaki daripada golongan Juhainah memberitahu bahawa dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca dalam solat subuhnya surah al-Zalzalah di dalam kedua-dua rakaatnya. Aku tidak tahu adakah Rasulullah lupa ataupun dia sengaja membacanya.” [HR Abu Daud:816. Diklasifikasikan sebagai hasan oleh Albani dalam Sahih Abi Daud]

Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri dan mengulangi surah yang sama sehingga masuk waktu shalat subuh. Ayat yang dibaca oleh baginda ialah: Sekiranya Engkau mengazabkan mereka, sesungguhnya mereka adalah hamba-Mu. Sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia dan Maha Bijaksana.” [Hadith an-Nasa’ie:1010 dan Ibn Majah:1350. Diklasifikasikan sebagai hasan oleh Albani dalam kitabnya Sahih an-Nasaai]

Abu Said al-Khudri radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Seorang lelaki telah mendengar seorang lelaki membaca di dalam shalatnya: ‘Katakanlah (Muhammad) bahawa Allah itu Maha Esa’ dan dia mengulang-ulangnya. Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam datang pada waktu solat subuhnya dia telah memberitahu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai perkara itu seolah-olah lelaki itu tidak mahu meninggalkannya. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, seolah-olah yang demikian itu membaca satu pertiga daripada al-Quran.” [HR Bukhari:5014]

Soalan 4: Shalat tarawih berapa raka’at yang harus dilakukan?

Diriwayatkan oleh Abu Dzar radhiyallahu ‘anh;

“Kami berpuasa, tetapi Nabi tidak memimpin kami untuk melakukan solat (tarawih) sehingga Ramadan tinggal tujuh hari lagi, maka Rasulullah mengimami kami bersolat sehingga lewat sepertiga malam. Kemudian baginda tidak keluar pada malam keenam (sebelum Syawal). Pada malam kelima baginda memimpin solat sehingga lewat separuh malam. Lalu kami berkata kepada Rasulullah, “Semoga engkau menambah lagi untuk kami pada sisa-sisa malam ini?” Maka baginda bersabda, “Barang siapa bersolat bersama imam sehingga selesai ditulis untuknya seolah-olah dia bersolat satu malam.” Kemudian baginda tidak memimpin solat lagi sehingga Ramadan berbaki tiga hari lagi. Maka baginda memimpin kami bersolat pada malam ketiga itu. Baginda mengajak keluarga dan isterinya bersama-sama. Baginda mengimami sehingga kami khawatir tidak mendapat falah (iaitu sahur)”. (Hadis sahih riwayat Tirmizi, Ibn Majah, Abu Daud, Nasaii dan Ahmad)

Barangsiapa yang melakukan sebanyak 11 rakaat (8 rakaat tarawih bersama 3 rakaat witir) berdasarkan hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah yang terbaik dan menepati sunnah. Akan tetapi bagi siapa yang meringankan bacaan dan menambah bilangan solat juga baik dan tidak menjadi satu kesalahan.

Aisyah radhiyallahu ‘anha pernah ditanya;

“Bagaimana solat Rasul pada bulan Ramadan?” Beliau menjawab, “(Nabi) tidak pernah menambah, sama ada di bulan Ramadan atau di bulan-bulan yang lain, lebih daripada sebelas rakaat. Baginda bersolat empat rakaat, maka jangan ditanya tentang bagusnya dan lamanya. Kemudian Baginda bersolat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari)

Dalam hadis ini dinyatakan bahawa Nabi bersolat sebanyak 11 rakaat dan “Baginda bersolat empat rakaat”. Ia bermaksud Nabi melakukan solat empat rakaat dengan dua kali salam, kemudian beristirahat. Hal ini berdasarkan keterangan Aisyah yang berkata, “Adalah Rasulullah melakukan solat selepas selesainya solat Isyak sehingga waktu fajar sebanyak sebelas rakaat. (Baginda) mengucapkan salam pada setiap dua rakaat…” (Riwayat Muslim)

Adapun hadis yang menceritakan bahawa Nabi bertarawih sebanyak 20 rakaat, kesemuanya adalah tidak sahih. (Fathul Bari 4/254; al-Hawi. 1/413; al-Fatawa al-Hadithiyah 1/195)

Pun begitu, sekiranya shalat tarawih dilakukan secara berjamaah mengikut imam, adalah yang terbaik bagi kita mengikuti imam tersebut sehingga selesai shalatnya. Mudah-mudahan ditulis bagi kita pahala shalat sepanjang malam.

Allahu a’lam.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: